Thursday 20 March 2008

Salam Maulidurrasul 1429H


"Kau bagaikan matahari cahaya menerangi bumi...engkaulah permata hati bertakhta di sanubari....."

“… Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” Surah Al-Anbiya, ayat 107

Junjungan besar Nabi Muhammad SAW merupakan rasul yang terakhir diutuskan Allah kepada umat manusia. Baginda yang dilahirkan pada Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571M di Mekah. Diangkat sebagai rasul pada umur 40 tahun dan wafat pada usia 63 tahun.

Baginda yang diutus ketika umat manusia di dalam kejahilan, telah berjaya membawa satu islah dalam diri umat manusia sehinggalah kita mencapai kejayaan tamadun, teknologi, sosial dan keselesaan hidup yang kita kecapi hari ini. Rahmat dan nikmat yang kita kecapi tidak mungkin hadir jika Baginda tidak diutuskan untuk membimbing umat manusia.

Namun begitu, di era kemajuan ini, masih ada lagi anak-anak muda kita terutama yang beragama Islam mula kembali ke arah kejahilan. Terjebak dengan najis dadah, rompak, rogol, sumbang mahram, dan yang paling sedih adalah murtad. Ada juga dikalangan mereka masih gagal untuk membaca Al-quran dengan fasih, apatah lagi berselawat. Tidak kurang juga yang langsung tidak mengetahui akan sirah nabi.

Sempena menyambut Maulidur Rasul ini, marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda dan mengambil masa untuk menyelami ajaran dan sirah baginda agar kita akan mampu melaksanakan sunnah dan ajaran Baginda.

No comments: