Sunday 20 December 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431H!

Assalamualaikumwarahmatullah...

sebelum tu nikmati dendangan nasyid dari Raihan sebagai tazkirah buat kita....dengarlah sayu sangat....dan bersemangat untuk berhijrah kan??





KESABARAN...KEJUJURAN....KEIHKLASAN...KEKUATAN....KEBAHAGIAN...KETENANGAN = HIJRAH

Belum terlambat untuk sayer dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H buat rakan2 dan taulan sekalian.

sayer amat tertarik dengan ungkapan seorang murabbi ini jadi disini sayer quotekan tulisannya...(maaf ustaz tanpa kebenaran)

Hari ini mestilah lebih baik dari semalam. Walaupun ia terlalu sukar dipenuhi, ia tetap sebagai penguat dan pemangkin kepada peningkatan diri dan kehidupan pada esok hari. Ia hikmah yang cukup mulia dan menakutkan diri daripada diulit kelalaian. Allah, kembalikanlah kami kepada kehidupan saat Engkau melahirkan kami di awal dunia kami dulu.. -UNANA-

Tuesday 1 December 2009

6th Wedding Anniversary




Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbarrr...

26 November 2009 yang baru 5 hari berlalu itu adalah hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-6. 27 November 2003 majlis perkahwinan, 26 November 2003 majlis pernikahan...baru 6 tahun usia perkahwinan kami tetapi kami suami isteri telah kenal mengenali 12 tahun yang lalu...walaupun 12 tahun itu satu tempoh masa yang agak lama tetapi diri ini merasakan baru sahaja kami bersama....(ayat romantis gitu...hihi...)focus...focus....

jika ingin ku imbau saat pertemuan itu, amat manis kurasakan...batasan syara' melingkari erti kasih dan sayang, alhamdulillah Allah memelihara hingga bertemu saat dan tikanya, tanpa bertemu, tanpa kata2 manis pujangga, tanpa memujuk rayu...hanya Allah yang tahu kami amat 'menjaga'...dan hari itu......

"Adam keseorangan disyurga...kesepian....LALU...Allah mencipta TEMAN dari tulang rusuknya yang bengkok...Ya! Hawa yang dicipta dekat dengan hati untuk disayangi dan dekat dengan tangan untuk dilindungi....HEBAT sekali ciptaan itu....perlu diluruskan dengan bijaksana...jika terkasar patahlah ia...jika lembut akan terus bengkok...."Adam tidak keseorangan lagi!!

kata2 itu mengingatkan aku bagaimana si dia melontarkan tazkirah pendek ketika aku sedang memasak bersama ibu di dapur...ibu tersenyum tersipu2....aku malu2 kucing...

"Aku Nikahkan Dikau AHMAD RAZLAN BIN YUSOFF DENGAN FATIMAH AZ-ZAHRAH BT MOHD YAHAYA DENGAN MASKAHWINNYA..........DAN ............

Doa kesyukuran dibaca...malaikat melebarkan sayapnya tika itu....syaitan berlari bertempiaran....

"kurniakan daku srikandi penyejuk di mata penyeri dihati....didunia dialah penyeri di syurga menanti dia bidadari....kekasih sejati teman yang berbudi"

"terima kasih ucapanku beri...kau kurniakan daku kasih sayang itu...didoakan semoga Allah mengekalkan kita hingga syurga nan abadi..."

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan!!

from ur beloved wife:

-ummi-