Tuesday 29 April 2008

besday 30 april 2008

Subhanallah....maha suci Allah...alhamdulillah segala puji bagi Allah...Allahuakbar Allah yang Maha Besar segala pujian hanya bagi-Mu....

pernah dengar tak lirik nasyid tu?? dari kumpulan Hijjaz tak ingat album yang mana...tapi terlintas di fikiran saya...ish...ish...raser pelik plk guna 'saya'...nak guna 'aku' semula lah...

aku teringat lirik ni...biler mengenangkan umur dah meningkat..YaAllah....redhai hamba-Mu ini ya Allah.betapa kasih sayang Allah tak pernah luput dari hari kehari saat kesaat...tapi apekah aku sedar semua itu?? amanah yang Allah berikan iaitu sebagai khalifah dimuka bumi...adakah aku menjalankan 'amanah' itu sebaiknya??juga anak2 amanahku...suami...tanggungjawabku sebagai isteri adakah aku telah menjalankan amanah yang diberi Allah sepanjang usiaku ini??!!muhasabah@post-mortem diri amat2 perlu setiap saat dan waktu...aku...aku...ya...Allah cipta aku untuk mengabdi diri kepada pencipta aku...jika sepanjang 29 tahun yang lalu, apakah tiada 'sumbangan' untuk-mu ya Allah..apakah yang mengisi ruang hidupmu selama ini jika Allah tidak dijadikan rujukan?? apakah makna hidup ini?! memang benar Allah tidak perlu kepada balasan dan sumbangan Allah sememangnya amat kaya!! manusia yang alpa dan papa...alpa di atas dunia yang juga dicipta-Nya...Subhanallah...aku hina disisi-Mu...

rintihku..tika ini ya Allah...kudoakan...kurniakan kasih sayang-Mu buat junjungan mulia S.A.W...para sahabat baginda serta seluruh kaum kerabat baginda...

lindungi dan rahmati suamiku AHMAD RAZLAN B. YUSOFF, permudahkan segala urusannya, urusan pembelajarannya...jadikan dia suami yang soleh dan bapa yang mithali...

anak-anakku...AHMAD ALIF FARHAN B. AHMAD RAZLAN...semoga menjadi anak yang soleh dan beriman penyejuk mata kami suami-isteri...

AINUL FARHANA BT. AHMAD RAZLAN...titipkan kasih serta rahmat-Mu buatnya untuk menjadi wanita solehah perhiasan dunia serta isinya....

juga.....buatku...yaAllah kurniakan aku kekuatan tubuh badan yang sihat untuk beribadat kepada Mu, menjadi isteri solehah penajam fikiran suami...ibu mithali yang mendidik secara berhikmah buat anak2ku serta anak dan menantu kepada ibu dan bapa serta mertua2 yang disanjungi...aameen...aameen...ya rabbala'lamin....





2 comments:

Hacked by w3d0z said...

Selamat Hari Lahir Kak!!

Moga hari ni dan seterusnya bakal menjadi hari yang bahagia buatmu dan keluarga...

sentiasa doakan yang terbaik buat akak...

doakan saya juga yer ...=)

Anonymous said...

thanks!!

Eli...doa buatmu jua!!